kayuhan balik kampung<taman melati-sabak bernam-manong-kuala kangsar-gerik-ipoh-slim river-rawang-taman melati>
Tarikh:10.11.2012 - 15.11.2012
Ahli Majlis:Subki & John
Hari-1(10.11.2012)
Taman Melati
Mula: 0750
Trip kali ini adalah ilham dari saya sendiri dan atas permintaan sahabat saya Sharif Abd Rahman a.k.a John,panggilan manja kalangan kaki gunung.Trip ini juga adalah sebagai testimoni untuk Ortlieb pannier yang baru dibeli.John belum pernah merasai pengalaman touring berbasikal .Route ini adalah pilihan kedua selepas route pertama iaitu ke negeri Pantai Timur terpaksa dibatalkan kerana musim tengkujuh di bulan November dan kemungkinan banjir di sana. Persiapan terakhir fitting dan setting dibuat sehari sebelum perjalanan.
Perjalanan kami bermula di Taman Melati dan flagg off dibuat oleh Ibu Marlina tepat jam 0750. Arah pertama kami ialah menuju ke Batu Cave ke Kedai Basikal R.N Samy untuk memasang stand baiskal John. Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan menyusuri MRR2 yang sibuk dengan perlbagi jenis kenderaan. Selepas bulatan Batu Cave menghala ke arah Kepong seorang uncle telah terbabas dari motorsikalnya pada pandangan kami ditunggang dengan laju,menyebabkan kecederaan yang agak serius dia bernasib baik kerana tidak dilanggar oleh kenderaan dibelakangnya.
Kami meneruskan perjalanan kami dengan selepas kejadian itu kerana tidak sanggup melihat kesudahannya dan perjalanan kami masih jauh ke tempat dituju. Menyusuri jalan yang sibuk seolah-olah menggadaikan nyawa atas jalan raya. Bak kata John nyawa makin pendek berbasikal jika dibandingkn dengan rock climbing,abseiling,mountain climbing. kami selamat mengharungi semua itu dan selamat tiba di jalan yang agak lengang.iaitu jalan Sungai Buloh-Paya Jaras-Ijok
Rasa Qaseh Pekan Ijok
Tiba: 1110
Jarak Terkumpul: 53.44km
Kelajuan Purata: 20.1kmj
Kelajuan Maksimum: 43.1kmj
Masa Terkumpul: 2.39.06
Suhu : 33’c
Bertolak: 1205
Sesekali monoleh john di belakang yang kelihtan agak penat dan semakin jauh tertinggal. Rhythm kayuhan di perlahankan untuk menunggu John,walaupun sudah selesa dengan pace tersebut. Selamat tiba, di Pekan Ijok iaitu di Restoran Rasa Qaseh tujuan utama ialah mencari makanan untuk santapan perut yang tidak diisi sejak pagi. Menu saya ialah nasi,ikan,tauhu dengan bayaran RM7.00 di sini sesi bercerita dengan John tentang touring berbasikal. Dari segi makanan, contohnya makanan berat pada pandangannya akan membuat kita tidak selesa untuk berkayuh. Jawapan saya ialah ia sama konsep dengan hiking, badan kita memerlukan tenaga yang banyak untuk meneruskan perjalanan kita. Kami sempat bergambar seketika sebelum meneruskan perjalanan kami. Arah tuju kami ialah Kuala Selangor.
Taman Alam Kuala Selangor
Tiba: 1325
Jarak Terkumpul: 74.39
Kelajuan Purata: 19.3kmj
Kelajuan Maksimum: 43.1kmj
Masa Terkumpul: 3.51.02
Suhu : 44’c
Bertolak: 1420
Perjalanan kami di tengah hari yang panas dan bahang sekitar 44’c. jalan yang lurus dan trafik yang sibuk perlu lebih hati-hati dengan lori banyak dan laju. Suhu yang panas adalah asam garam dalam touring berbasikal. Destinasi kami ialah Kuala Selangor untuk sesi rehat dan bergambar di sekitar Taman Alam Kuala Selangor. Masa yang terluang digunakan untuk menyejukkan badan apabila dapat berteduh di sekitar Pekan Kuala Selangor. Setelah selesai berehat dan agak bertenaga, kami ke kedai serbaguna Speedmart 99 dan farmasi Guardian untuk menambah bekalan air garam dan air mineral yang semakin berkurangan.
Tayar Pancit di kilometer 85.54
Tiba: 1510
Jarak Terkumpul: 85.54
Kelajuan Purata: 18.7kmj
Kelajuan Maksimum: 43.1kmj
Masa Terkumpul: 4.33.13
Suhu :
Bertolak: 1540
Lumrah dan perkara biasa dalam touring basikal ialah tayar pancit. Perlu siap sedia sahaja dengan tiub spare dan tool. Di kilometer 85.54 Jalan Kuala Selangor- Sabak Bernam tayar depan basikal John pancit. Berhenti sekejap untuk membetulkannya,kira-kira setengah jam maka siaplah dipasang dengan tiub baru dan memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Kedai Makan Sekinchan
Tiba: 1700
Jarak Terkumpul: 105.08
Kelajuan Purata: 18.5kmj
Kelajuan Maksimum: 43.1kmj
Masa Terkumpul: 5.39.17
Suhu : 31’c
Bertolak: 1800
Singgah dan rehat dikedai makan sekitar Sekinchan untuk mengisi perut yang sudah berbunyi-bunyi dek kerana makanan yang dimakan di pagi hari sudah habis membekalkan tenaga. Makanan di pesan berupa Nasi Goreng Ikan Masin dipadankan dengan milo dan kopi yang bernilai RM11.50. Rasa tipikal Masakan Melayu cukup rencahnya. Bersembang-sembang dengan pemilik kedai katanya orang Perancis pun pernah makan di kedai ini. Terasa macam orang Perancis sekejap mendengar kata-katanya. Jika diteliti, orang bangsa Perancis,British,Germany,Swiss kerap melakukan touring berbasikal di Malaysia. Sungguh bertuah negara kita sepanjang tahun boleh membuat aktiviti seperti ini tidak seperti mereka yang terhad dek kerana 4 musim. Setelah selesai kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Surau Insaniah Tebok Marso Sungai Besar
Tiba: 1905
Jarak Terkumpul: 121.68
Kelajuan Purata: 18.5kmj
Kelajuan Maksimum: 43.1kmj
Masa Terkumpul: 6.32.44
Suhu : 29’c
Bertolak: 1945
Singgah sebentar di Surau Insaniah Tebok Marso,memandangkan waktu maghrib sudah menjengah. Dalam Islam, kita digalakkan untuk berhenti sekejap untuk menghormati waktu ini kerana ia adalah waktu peralihan antara siang dan malam. Masa yang ada ini digunakan sebaiknya untuk sesi short recovery oleh John yang kelihatan agak exhausted. Semua berjalan dengan baik setelah beberapa biji pil Panadol dimakan da meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Kedai Makan Pekan Sabak Bernam
Tiba: 2115
Jarak Terkumpul: 140.91
Kelajuan Purata: 18.0kmj
Kelajuan Maksimum: 43.1kmj
Masa Terkumpul: 7.48.38
Suhu : 27’c
Bertolak: 2200
Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Sabak Bernam atas sebab-sebab keselamatan. Memandangkan John mengalami masalah rabun silau diburukkan lagi dengan trafik yang sibuk. Sesekali terbabas di bahu jalan dan jatuh, itu antara bahaya yang dihadapi kerana silau cahaya lampu kenderaan lain. Antara lokasi yang boleh dijadikan tempat bermalam di malam pertama ialah masjid dan homestay di kawasan sekitar Sabak Bernam. Setelah mendapat nasihat dari rakan touring bernama Azizan Zolkifli a.k.a Wakjan. Maka lokasi kami pilihan kami ialah Masjid di Sabak Bernam. Makan-makan di sekitar pekan,topup makan untuk sesi recovery sebagai bekalan tenaga untuk esok. Makanan dipesan berupa nasi goreng dan nasi ayam. Selesai makan destinasi kami ialah masjid untuk tempat berehat.
Masjid Sabak Bernam
Tiba: 2211
Jarak Terkumpul: 141.86km
Kelajuan Purata: 17.9kmj
Kelajuan Maksimum: 43.1kmj
Masa Terkumpul: 7.54.56
Suhu :
Bertolak:
Dalam perjalanan ke sini kami di sapa oleh penjaja durian(dipercayai orang Indonesia) berbahasa Inggeris ‘come here,come here durian D24’. Seolah-olah macam orang putih pulak sungguh excited. Kami selamat tiba di masjid Sabak Bernam dan meminta izin dari seorang Pakcik untuk bermalam di sini. Kami bernasib baik kerana diberi izin olehnya. Walaupun destinasi kami di hari pertama ialah Teluk Batik mencakupi 220 kilometer. Namun terpaksa bermalam di pertengahan jalan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Status FB dijadikan sebagai tracker untuk kawan-kawan mengetahui status perjalanan kami. Terima kasih dan selamat malam semua. Selesai hari pertama.
Hari-2(11.11.2012)
Masjid Sabak Bernam
Mula:0715
Memulakan hari dengan penuh harapan dan menghirup udara yang nyaman di sekitar masjid. Beramah-mesra dengan kariah masjid sebagai tanda hormat tuan rumah. Bersiap-siap dan setting pannier masing-masing sambil berborak-borak,banyak juga persoalan mereka. Tak takut kah?mahu ke mana?berapa jauh? Tidur di mana?Semua soalan itu dijawab dengan sejujurnya. Selesai berbual-bual dengan mereka kami meneruskan perjalanan ke destinasi pertama ialah mencari santapan pagi.
Sarapan di Gerai Tepi Jalan
Tiba:0730
Jarak Terkumpul: 5.16km
Kelajuan Purata: 19.3kmj
Kelajuan Maksimum: 32.6kmj
Masa Terkumpul: 0.16.06
Suhu :
Bertolak:0800
Dalam perjalanan kami singgah di gerai di tepi jalan untuk bersarapan menu saya lontong dipadankan dengan milo suam yang bernilai RM 3.80. gerai ini terletak di ladang kelapa sawit dan target market hanya mereka yang berada di sekitar ladang. Selesai menjamah sarapan kami meneruskan perjalanan kami melalui Hutan Melintang.
Pekan Hutan Melintang
Tiba:0943
Jarak Terkumpul: 29.78km
Kelajuan Purata: 18.0kmj
Kelajuan Maksimum: 32.6kmj
Masa Terkumpul: 1.39.01
Suhu :29’c
Bertolak:1000
Singgah sebentar di pekan ni kebetulan ada pesta drum oleh kaum Cina dan India. Setelah itu kami bergerak untuk ke Kg Gajah kerana haluan kami yang sedikit diubah dari plan asal.menyusuri jalan yang lurus seolah-olah tiada penghujungnya. Berhenti di tepi jalan kerana tertarik dengan air nira nipah. Pertama kali minum sebagai air isotonik penambah tenaga kami yang semakin berkurangan. Kayuhan di teruskan dengan memasuki kawasan Jajahan Pasir Salak.
Kompleks Sejarah Pasir Salak
Tiba:1220
Jarak Terkumpul: 63.89km
Kelajuan Purata: 18.6kmj
Kelajuan Maksimum: 32.6kmj
Masa Terkumpul: 3.25.50
Suhu :35’c
Bertolak:
Kayuhan kami tiba di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Dengan menyusuri jalan kampung yang aman,tenang dan damai. Sesekali berselisih dengan kenderaan lain. ‘Hye hye, bye-bye’ sambil melambai-lambai kepada mereka ini menambahkan excited untuk meneruskan kayuhan. Sesekali menoleh ke belakang John yang agak keletihan tetapi masih bersemangat untuk meneruskan kayuhan. Ditambah pula ‘awan nano’ makin menebal menandakan hujan akan datang menyiram bumi. Di Kompleks ini kami berehat sekejap untuk sesi ‘berposing’ sebagai tanda kenang-kenangan. Perjalanan kami diteruskan melalui jalan kampung ‘single trail’ untuk ke destinasi kami Bota kadang-kadang terkeliru dengan nama Bota Kiri dan Bota Kanan. Kami meneruskan kayuhan kami kali ini mencari santapan tengahari memandangkan waktu sudah tiba.
Kampong Gajah Bandar Lama
Tiba:1240
Jarak Terkumpul: 66.93km
Kelajuan Purata: 18.4kmj
Kelajuan Maksimum: 33.0kmj
Masa Terkumpul: 3.38.04
Suhu :33’c
Bertolak:1323
Singgah di gerai Kampung gajah Bandar Lama, di simpang tiga berlatar belakangkan replika durian besar. makanan dipesan berupa nasi putih,siakap masak merah,bayam yang bernilai RM 5.50. kami bernasib baik kerana hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya seakan-akan faham dengan keadaan kami yang sudah agak kehabisan tenaga. Setelah selesai makan-makan sesi menuggu hujan beransur reda. Di gerai ini ada seorang lelaki kurang waras akan mengambil plastik, tin, botol yang ditinggalkan atas meja dan meminta sesuatu dari pelanggan sama ada duit dan apa sahaja yang menarik perhatiannya. Lokasi seterusnya ialah Pekan Bota.
Pekan Bota
Tiba:1515
Jarak Terkumpul: 90.73km
Kelajuan Purata: 19.1kmj
Kelajuan Maksimum: 32.6kmj
Masa Terkumpul: 4.45.01
Suhu :30’c
Bertolak:1520
Selamat tiba Pekan Bota dengan harapan mencari mesin ATM, namun hampa harapan kami. Walaupun begitu air diisikan dahulu sebagai bekalan.sebotol Coke dibeli sebagai penambah tenaga. Kayuhan kami diteruskan dalam suasana hujan renyai-renyai tetapi dibalas dengan suasana kampung yang aman dan tenang . Destinasi seterusnya ialah Parit. Sambil update status di FB, sebagai tracker.
Pekan Parit
Tiba:1610
Jarak Terkumpul: 107.45km
Kelajuan Purata: 19.4kmj
Kelajuan Maksimum: 32.6kmj
Masa Terkumpul: 5.30.52
Suhu :26’c
Bertolak:1620
Selamat sampai di Parit setelah 45 minit berkayuh dari Bota dalam suasana hujan renyai-renyai. Masa diguna sebaiknya dengan minum,makan snack dan bergambar di papan tanda. Dalam perjalanan, sesekali sorakan dari orang tempatan rasa seolah-olah juara pun ada, sungguh teruja dengan sorakan mereka. Kayuhan ke destinasi seterusnya ke Kuala Kangsar melalui Manong.
Kedai Makan Uncle Jim Kuala Kangsar
Tiba:1925
Jarak Terkumpul: 150.05km
Kelajuan Purata: 18.7kmj
Kelajuan Maksimum: 51.2kmj
Masa Terkumpul: 8.00.30
Suhu :24’c
Bertolak:2121
Tiba di Kedai Makan Uncle Jim, antara kedai yang menjadi tumpuan orang Kuala Kangsar. untuk ke sini sedikit terasa perit kerana perlu mendaki bukit-bukit di sekitar Manong yang mana merupakan sebahagian dari jajaran Banjaran Bintang,maka bukit menjadi habuan kami petang kami yang ditemani hujan renyai-renyai. Bukit-bukit ini menduga kekuatan mental dan fizikal kami. Ada 2 bukit yang mencabar kami. Di pendakian bukit kedua John tercedera, sungguh perit melihat dia mendaki demi mencapai cita-cita mental menjadi penguat semangat untuk ke destinasi kami di Kuala Kangsar. Seperti biasa papan tanda yang pelik dengan nama menjadi lokasi bergambar dan berehat seketika. Tiba di Manong dan semakin hampir tiba di Kuala Kangsar. Beberapa sms dan call dibuat untuk untuk menghubungi sahabat di Kuala Kangsar untuk booking hotel berbintang-bintang Kuala Kangsar. Tiba di Kedai Uncle Jim untuk santapan malam kami sambil menunggu sahabat di Kuala Kangsar tiba. Makanan saya dipesan berupa nasi goreng ikan dan meggi goreng dipadankan dengan sirap bandung soda yang bernilai RM11.00 Setelah selesai destinasi kami seterusnya ialah tempat beradu.
Check in Hotel Berbintang-bintang di Rumah Kawan
Tiba:2150
Jarak Terkumpul: 155.59km
Kelajuan Purata: 18.6kmj
Kelajuan Maksimum: 51.2kmj
Masa Terkumpul: 8.21.20
Suhu :25’c
Bertolak:
Kira-kira 5 kilometer sahaja dari Kedai Makan Uncle Jim hotel berbintang yang bakal kami menginap. Tidak sabar rasanya untuk merehatkan badan setelah 8 jam 21 minit atas basikal. Setelah tiba maka henpon dicapai seterusnya update status FB lokasi kami sebagai tracker kepada mereka yang sentiasa memberi semangat. Sembang-sembang dan berborak kejap dan selamat malam semua.
Hari-3(12.11.2012)
Hotel Berbintang-Bintang Kuala Kangsar
Mula:0840
Memulakan hari yang nyaman mengadap persekitran yang diliputi kabus sekitar kawasan pinggir Kuala Kangsar. Arah tuju kami hari ini ialah ke pusat Bandar untuk bersarapan dan bergambar di sekitarnya. Sambil FB di update dan terbaca status Azizan Zolkifli atau Wakjan nama manja di kalangan kaki basikal berada di Kuala Kangsar. Maka kesempatan ini digunakan untuk bersua muka setelah sekian lama tidak ketemu.
Makan-makan dan bergambar di Kuala Kangsar
Makan-makan di Kuala Kangsar sambil bercerita pengalaman ‘bertouring’ oleh Wakjan. Bercerita tentang pengalaman disepanjang perjalanan. Menu pagi satandard orang Malaysia ialah nasi lemak atau roti canai. Tapi saya memilih nasi putih berlaukkan sambal bilis. Tuan kedai yang berbaik hati membekalkan kami sesikat pisang sebagai penambah tenaga kami di perjalanan nanti. Masa sudah tiba untuk bergerak sesi singkat bergambar di Tebing Sungai Perak.
Mula:1020
Memulakan perjalanan hari ke-3 kami ke Kampung Kerunai ,Gerik dengan jarak anggaran 110km.
R&R Tasik Raban
Tiba:1228
Jarak Terkumpul: 38.61km
Kelajuan Purata: 17.8kmj
Kelajuan Maksimum: 38.7kmj
Masa Terkumpul: 2.10.12
Suhu :38’c
Bertolak:1245
Destinasi persinggahan pertama ialah R&R Tasik Raban yang terletak 38km dari Kuala Kangsar. Kawasan yang terbiar tidak diuruskan oleh pihak majlis daerah. Seperti biasa update status FB sebagai tracker untuk memberitahu lokasi kami. Mereka adalah pembakar semangat kami untuk meneruskan perjalanan kami di bawah panahan matahari sekitar 38’c. Selesai rehat kami meneruskan kayuhan ke destinasi seterusnya.
Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
Tiba:1335
Jarak Terkumpul: 50.05km
Kelajuan Purata: 17.2kmj
Kelajuan Maksimum: 38.7kmj
Masa Terkumpul: 2.54.36
Suhu :39’c
Bertolak:1435
Setelah mengharungi bukit bak roller coaster kami tiba di Galeri arkeologi Lembah Lenggong. Tapak arkeologi yang baru mendapat pengiktirafan oleh UNESCO. Masa yang terluang diguna sedikit untuk menambah pengtahuan tentang asal-usul tamadun manusia. Berehat sambil menambah sedikit ilmu.
R&R Pekan Lenggong
Tiba:1510
Jarak Terkumpul: 59.94km
Kelajuan Purata: 17.2kmj
Kelajuan Maksimum: 38.7kmj
Masa Terkumpul: 3.28.53
Suhu :29’c
Bertolak:1557
Kami berhenti sekejap di R&R Pekan Lenggong untuk santapan tengahari memandangkan jam sudah menunjukkan jam 1510 perut meminta untuk diisikan sedikit penambah tenaga. Di belakang sesekali kelihatan John sudah agak tidak bermaya. Makan dipesan berupa nasi putih,ikan,papadom dan dipadankan dengan coke yang bernilai RM5.00. Sambil makan sesi bercerita tentang pengalaman masing-masing,tentang keluarga dan macam-macam lagi. Secara tidak langsung sebagai pengerat dalam persahabatan.
Shell Lawin
Tiba:1739
Jarak Terkumpul: 86.16km
Kelajuan Purata: 17.2kmj
Kelajuan Maksimum: 38.7kmj
Masa Terkumpul: 4.58.55
Suhu :24’c
Bertolak:
Singgah di Stesen Shell Lawin untuk berteduh sekejap memandangkan hujan semakin lebat dan berbahaya. Sambil update sataus di FB, kami berada kira-kira 30km lagi untuk tiba di Kampung Kerunai.
Masjid Kampung Kenayat
Tiba:1840
Jarak Terkumpul: 96.42km
Kelajuan Purata: 17.1kmj
Kelajuan Maksimum: 38.7kmj
Masa Terkumpul: 5.37.39
Suhu :
Bertolak:1855
Berehat sekejap untuk membersihkan diri yang disimbah air hujan dan air lopak. Peluang rehat yang ada digunakan untuk merehatkan otot-otot kaki yang semakin menegang.
Pekan Gerik
Tiba:1950
Jarak Terkumpul: 111.54km
Kelajuan Purata: 17.4kmj
Kelajuan Maksimum: 38.7kmj
Masa Terkumpul: 6.24.04
Suhu :27’c
Bertolak:2130
Selamat tiba di Pekan Gerik, setelah mendaki bukit yang agak mencabar di MRSM Gerik. Hala tuju utama ialah kedai makan meemandangkan sudah kelaparan. Tiba di gerai kami di sapa oleh seorang pakcik dalam Bahasa Inggeris,di hemat kereka kami ialah orang putih ditambahkan dengan MP3 saya sedang memainkan lagu Berbahasa Perancis yang didendangkan oleh penyanyi bernama Le Rappel.
Kampung Kerunai
Tiba:2150
Jarak Terkumpul:122.10km
Kelajuan Purata: 17.3kmj
Kelajuan Maksimum: 47.0kmj
Masa Terkumpul: 7.01.32
Suhu :26’c
Bertolak:
Selamat tiba di Kampung Kerunai setelah lebih 7 jam berada atas basikal. Kepulangan kami disambut oleh anak-anak saudara yang sudah berada di pintu rumah. Sesi membersihkan diri ,sembang seterusnya berehat untuk menjana tenaga untuk hari esok.
Hari-3(13.11.2012)
Kampung Kerunai
Mula:0915
Memulakan sekitar jam 0915 selepas bersarapan dengan menu istimewa nasi goreng air tangan kakak saya. Laluan berupa bukit roller coaster di sepanjang laluan dan cuaca dijangka panas semahunya kerana suhu pagi yang sejuk menjadi petanda. Perlu redha dan redah sahaja.
Pekan Lenggong
Tiba:1345
Jarak Terkumpul: 64.48km
Kelajuan Purata: 18.4kmj
Kelajuan Maksimum: 40.9kmj
Masa Terkumpul: 3.29.21
Suhu :38’c
Bertolak:1445
Berhenti di Pekan Gerik untuk bergambar sebagai kenagan dan membeli minyak rantai dan membetulkan sedikit basikal sebelum bergerak ke Ipoh. Seterusnya ke Stesen Minyak Petronas untuk mengisi air dan makanan ringan sebagai bekalan. Destinasi tumpuan kami ialah di sekitar kawasan MRSM yang agak mendaki. Di sini John kecederaan John datang semula dan kelihatan perit untuk mengaharungi baki kayuhan untuk hari ni. Setibanya di Lawin basikal saya patah spoke perlu berkayuh ke Pekan Lenggong kira-kira 20Km untuk membetulkan spoke. Namun kecewa tiada spoke dan kami perlu berkayuh ke Kuala Kangsar untuk membetulkannya. Di Lenggong kami menikmati makan tengahari yang berkonsepkan buffet dengan bayaran RM 6.00 makanan memuaskan selera kami yang kelaparan.kayuhan diteruskan di bawah panas matahari.
Kati
Tiba:1637
Jarak Terkumpul: 94.50km
Kelajuan Purata: 18.0kmj
Kelajuan Maksimum: 42.5kmj
Masa Terkumpul: 5.03.26
Suhu :35’c
Bertolak:1650
Setelah puas melayan rollercoaster John agak kepenatan dan kesakitan yang amat di lutut kirinya. Kami behenti di kati untuk memberi ruang rehat sekejap kaki yang tak henti-henti mengayuh. Sungguh perit apabila cedera masa berkayuh tiada support car mental sahaja yang menjadi ubat penahan sakit.
Kedai Basikal Hock Seng Hin
Tiba:1750
Jarak Terkumpul: 110.65km
Kelajuan Purata: 18.3kmj
Kelajuan Maksimum: 42.5kmj
Masa Terkumpul: 6.01.15
Suhu :27’c
Bertolak:2118
Kami bernasib baik kerana kedai basikal masih belum tutup sempat jugak menukar spoke yang patah dan menukar brake pad. Sempat juga menghubungi kawan di Ipoh untuk update lokasi dan keadaan kami. Masalah kami dapat diatasi sepenuhnya hasil dedikasi tuan kedai. Di kesempatan ini kami berehat untuk sesi recovery muscle yang bekerja keras meredah hujan dan panas.
Sungai Siput
Tiba:1106
Jarak Terkumpul: 135.83km
Kelajuan Purata: 17.6kmj
Kelajuan Maksimum: 42.5kmj
Masa Terkumpul: 7.43.05
Suhu :24’c
Bertolak:1215
Tiba di sungai siput setelah berkayuh dalam gelap malam kawasankampung yang tiada berlampu. Risau,gemuruh,berderau darah melalui jalan seperti ini di kala malam. Setibanya kami di sini Anastasi dan Jun sudah sedia menanti ketibaan kami. Memberi ruang untuk otot-otot kami berehat sebentar. Bercerita tentang trip gunung dan bercerita tentang benda-benda menggembirakan hati sebagai ubat tahan sakit.
Tambun Hotel Berbintang-Bintang(Rumah Jun)
Tiba:0138
Jarak Terkumpul: 160.50km
Kelajuan Purata: 17.6kmj
Kelajuan Maksimum: 42.5kmj
Masa Terkumpul: 9.04.33
Suhu :27’c
Bertolak:
Tiba di Rumah sahabat setelah 9 jam atas basikal.lega dapat bersihkan diri dan berehat.nikmatnya tak terkata dapat berbaring,terlentang,meniarap,melunjur dan macam-macam aksi lagi. Kami berehat seharian di sini untuk memberi peluang kepada otot-otot berehat memandangkan jarak berbaki kira-kira 200 kilometer lagi dan jalan yang bakal dihadapi tidak mendaki seperti hari-hari sebelumnya. Peluang yang ada digunakan berehat dan bersiar-siar sekejap di Ipoh. Menu di hotel berbintang-bintang bertemakan masakan kampung antaranya ikan pekasam,sotong masak lemak,sayur dan ulam.
Hari-4(14.11.2012)

Mula:2115
Berat mata memandang,berat lagi kaki mahu kayuh. Itu lah pepatah yang sesuai dipadankan dengan keadaan kami. Basikal berat dan perasaan berat juga untuk meninggalkan hotel berbintang-bintang. Namun apa kan daya demi menghabiskan misi kami gagahkan kaki untuk mengharungi gelap malam bertemankan lampu-lampu jalan yang tidak secerah diharapkan. kami mengambil keputusan untuk berkayuh di waktu malam untuk memberi peluang untuk berehat.
Pekan Kampar, Stesen Minyak Caltex
Tiba:2335
Jarak Terkumpul: 42.11km
Kelajuan Purata: 21.3kmj
Kelajuan Maksimum: 31.0kmj
Masa Terkumpul: 1.58.27
Suhu :27’c
Bertolak:2350
Kami selamat tiba di Stesen Minyak Caltex untuk rehat 15 minit. Kelajuan agak laju kerana masih bertenaga setelah berehat seharian ditambah pula jalan yang sedikit menurun. Sambil update status Facebook sebagai tracker.
Pekan Tapah,Stesen Minyak Shell
Tiba:0048
Jarak Terkumpul: 62.53km
Kelajuan Purata: 21.3kmj
Kelajuan Maksimum: 31.0kmj
Masa Terkumpul: 2.55.51
Suhu :25’c
Bertolak:0110
Permukaan jalan yang tidak elok dan banyak lori menggunakan jalan ini membataskan pergerakan kami. Kami perlu berhati-hati kerana lori-lori yang agak laju.kami selamat tiba di Stesen Minyak Shell di simpang 3 untuk ke Lebuhraya Utara Selatan dan Cameron Highland. Hujan tiba-tiba turun, namun perjalanan perlu diteruskan juga. Sedikit coklat Crispy dijamah sebagai pembekal tenaga.
Pekan Sungkai
Tiba:0218
Jarak Terkumpul: 86.40km
Kelajuan Purata: 21.3kmj
Kelajuan Maksimum: 35.2kmj
Masa Terkumpul: 4.03.15
Suhu :26’c
Bertolak:0300
Berehat di tepi kilang sekitar Pekan Sungkai, jalan rosak lubang2 memperlahankan kami. Sebelum tiba di sini spoke belakang saya patah untuk kali ke-2. Kayuhan diteruskn tanpa menghiraukan spoke yang patah. Update status Facebook di Blackberry sebagai sumber informasi tentang keadaan trafik dan tempat-tempat untuk berehat di sekitar kawasan yang bakal dituju.
Pekan Slim River,Stesen Petronas
Tiba:0415
Jarak Terkumpul: 109.50km
Kelajuan Purata: 20.7kmj
Kelajuan Maksimum: 35.2kmj
Masa Terkumpul: 5.16.14
Suhu :25’c
Bertolak:0932
Kami mengambil keputusan untuk berehat di sini setelah 5 jam berkayuh. Badan perlu berehat dan recovery seketika memandangkan perjalanan berbaki 100 kilometer. Keputusan kami juga tepat kerana pagi hujan turun dengan lebat sehingga pagi. Melalui infomasi dari rakan-rakan Facebook Kuala Lumpur pun hujan lebat. Pagi di yang sejuk dipanaskn dengan bubur nasi dan air kopi. Setelah hari cerah dan hujan berhenti kami ke kedai untuk bersarapan. Setelah selesai kayuhan kami diteruskan dan kami bertemu dengan sekumpulan pengembara berbasikal dari Indonesia yang diketuai oleh Encik Khalib. Kesempatan yang ada digunakan untuk berkenalan dan sesi bergambar.Gembira dan seronok apabila berjumpa dengan pengembara berbasikal yang berkongsi minat sama.
Hari-5(15.11.2012)
Bus Stop, Politeknik Sultan Azlan Shah
Tiba:1005
Jarak Terkumpul: 122.74km
Kelajuan Purata: 20.2kmj
Kelajuan Maksimum: 35.2kmj
Masa Terkumpul: 6.37.54
Suhu :32’c
Bertolak:1135
Tiba di sini pada asalnya untuk membetul dan memasang spoke tetapi tidak boleh kerana alatan tidak cukup. Pengajaran untuk kali ini sediakan alatan secukupnya. Perjalanan diteruskan lagi berbaki kira-kira 80 kilometer, jalan di sini agak sempit dan tiada bahu jalan untuk motor dan basikal.
Medan Selera Jalan Pahang,Kuala Kubu Bharu
Tiba:1251
Jarak Terkumpul: 158.89km
Kelajuan Purata: 20.3kmj
Kelajuan Maksimum: 35.2kmj
Masa Terkumpul: 7.49.33
Suhu :25’c
Bertolak:1350
Masa untuk mengisi perut kerana masing-masing sudah lapar dan makin lemah untuk berkayuh di bawah panas terik matahari. Menu kami hari ini nasi putih dan berlaukan ikan sebagai pembekal tenaga dan protein. Air 2-3 gelas dipesan untuk menghilangkan dahaga.
Shell Rawang
Tiba:1700
Jarak Terkumpul: 192.83km
Kelajuan Purata: 19.8kmj
Kelajuan Maksimum: 35.2kmj
Masa Terkumpul: 9.43.20
Suhu :34’c
Bertolak:1730
Berehat sekejap memandangkan kawan saya sudah tidak berdaya dan kecederaan dia datang kembali. Sungguh perit dari riak wajahnya, ditambahkan 3 kali tayar pancit di tengah-tengah panahan terik matahari. Di stesen Shell Batang Kali tayar basikal John meletup kerana terlebih angin. Masa setengah jam digunakan untuk berehat lagi memandangkan perjalanan kami hanya kira-kira 40 kilometer untuk dihabiskan. Tetapi azab belum habis lagi kerana perlu mendaki bukit di Templer Park Rawang. Tugas sweepepr dijalan sebaiknya oleh saya untuk meneman dan memberi semangat untuk John mengharungi bukit-bukit tersebut. Semuanya, dihadapi dengan tenang dan jayanya dek kerana semangat dan mental yang tegar .
Taman Melati
Tiba:1915
Jarak Terkumpul: 221.20km
Kelajuan Purata: 19.4kmj
Kelajuan Maksimum: 48.5kmj
Masa Terkumpul: 11.07.29
Suhu :27’c
Bertolak:
Selamat tiba di Taman Melati disambut oleh Ibu Marlina yang telah lama menanti. Segala yang dilalui merupakan pengalaman berharga untuk kami. Untuk merasai sesuatu kita perlu melakukannya. Hanya kita sendiri yang dapat merasai nikmat,perit,jerih,penat,lelah dan sebagainya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan sokongan sepanjang perjalanan kami.