Amfibia dan reptilia ialah elemen yang penting dalam memastikan ekosistem hutan berada dalam keadaan yang seimbang dan optimum. Secara keseluruhannya, terdapat lebih kurang 299 spesis katak(Norhayati. A) dan 165 spesis ular(Perhiltan) di Malaysia. Spesis-spesis ini menunjukkan morfologi yang unik, tindakbalas yang sensitif terhadap alam sekitar dan adaptasi yang mengkagumkan.
Akan tetapi, tidak banyak yang diketahui tentang Order haiwan ini oleh masyarakat umum. Kebanyakan dari mereka menggambarkan makhluk ini sebagai ‘terlalu’ bahaya, kotor dan hodoh. Selalunya haiwan ini akan dibunuh(terutama sekali ular) apabila dijumpai tanpa mengira jenisnya. Ini disebabkan kurangnya usaha untuk memperkenalkan organisma tersebut kepada masyarakat.
Reptilia dari Oder Squamata iaitu ular adalah penting dalam kawalan makhluk perosak seperti tikus. Begitu juga dengan Keluarga Anura iatitu katak. Katak juga menjadi penunjuk biodiversiti yang amat baik dalam menentukan kualaiti air dan alam sekitar di satu-satu kawasan. Ini adalah kerana katak mempunyai kulit paling sensitif dalam kingdom haiwan. Katak menggunakan kulit untuk bernafas dan akan bertindakbalas jika berlaku perubahan kualiti air yang sedikit. Ini dapat dilihat pada Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan. Populasi katak semakin besar semakin dalam gua diterokai.
Kelangsungan hidup haiwan ini harus diperlihara oleh kita bagi memastikan haiwan ini terus wujud dan menjalankan fungsinya.
Oleh yang demikian, haiwan-haiwan ini haruslah dikesan dan diambil maklumat tentang kedudukannya(GPS), morfologi(kulit, sisik, mata, warna), habitat, bentuk muka bumi dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini akan menunjukkan sifat, perangai dan keadaan haiwan tersebut. Ini adalah penting untuk meramalkan bilangan populasi dan keadaan sesuatu habitat tersebut. Haiwan diatangkap dan diambil gambar sebelum dilepaskan. Aplikasi dari kaedah ini adalah luas. Salah satunya ialah pemetaan spesis dari pelbagai genera. Pemetaan ini akan memberi gambaran yang umum kepada penyelidik akan datang. Jesteru itu, usaha seperti konservasi dapat dijalankan dengan lebih mudah.
Bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat, pendekatan secara saintifik adalah kurang berkesan. Maklumat hendaklah disampaikan secara ringan dan santai.
Maklumat telah dikumpul dari utara sehingga selatan semenanjung dengan bantuan pelbagai pihak. Sebagai contoh, pemetaan spesis di pulau tioman yang terdiri dari keluarga Varanidae dan Scincidae. Pemerhatian ini akan dianalisa dan dibandingkan dengan kependudukan manusia. Adakah dengan kedatangan manusia, haiwan ini akan terancam atau sebaliknya? Semua persoalan ini akan terjawab dengan pemerhatian berterusan dan perbincangan dikalangan ahli akademik yang lain.
3 comments:
Go Green! teringat plak Frog Prince
hehe
Nasib baik takde gambar ular... Fuhh, selamat mata... hehehe...
geli tgk katak.. huuu
jom baca sekeejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/menyekutukan-allah.html
Post a Comment